Jumat, 23 November 2012
pesan imam Ghozali
1.
Orang yang menuntut ilmu untuk menjadikan ia sebagai bekalan ke negeri
abadi maka ia tidak berniat dengan mencari ilmu selain hanya mendapatkan
ridlo Allah dan negeri akhirat. Maka orang itu termasuk dalam golongan
orang yang beruntung.
2. Orang yang mencari ilmu untuk mendapat
keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan pangkat dan
harta benda sedang ia menyedari hal ini dan merasa dalam hatinya akan
kejahatan keadaan yang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Orang ini
berada dalam golingan yang berbahaya. Jika matinya tidak sempat untuk
bertaubat maka ia dalam golongan yang merugikan diri dan matinya dalam
su-ul-khatimah (diserahkan pada Allah urusannya samada dimaafkan Allah
ataupun diseksa). Namun seandainya ia bertaubat dan memperbaiki amal dan
ilmunya maka ia akan bersama golongan yang beruntung.
3. Orang
yang dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu
sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah megahan
dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramainya pengikut. Dia
menggunakan ilmunya untuk mencapai segala hajatnya untuk mengaut
keuntungan dunia. Walaupun demikian dia menganggap dia mempunyi
kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dzohirnya ia menyerupai para
ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti
pakaian ulama, namun pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan
haloba dalam menghimpun kekayaan dunia. Golongan ini termasuk dalam
golongan orang yang binasa dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat
tipis harapanya untuk bertaubat kepada Allah kerana ia telah menyangka
berbuat baik.
Maka jadikanlah dirimu bersama golongan pertama
dan berhati-hatilah supaya tidak termasuk dalam golongan yang kedua
kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut kematian
sebelum sempat ianya bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada. dan
jangan sama sekali kamu termasuk ke dalam golongan yang ketiga maka
engkau akan terjerumus ke jurang kebinasaan yang sukar untuk diperbaiki.
(Al-Imam Al-Ghozali ra, Bidayatul Hidayah)
Langganan:
Komentar (Atom)